misi infaq jumaat/ramadhan

 Assalamualaikum dan selamat sejahtera sahabat maya semuanya.Semoga semuanya sihat dan sejahtera. okay apa yang saya cuba sampaikan di sini adalah perkara yang sangat PENTING .. memandangkan negara Malaysia dan dunia sekarang sedang mengalami kemerosotan ekonomi jadi saya bercadang untuk membantu sebahagian golongan yang terkesan dengan pendemik covid-19 ni. Jadi setelah difikir fikirkan dengan mendalam saya ingin mengambil jalan penyelesaian bagi masalah ini. sebelum ini saya hanya bergerak secara berseorangan. sekarang sudah sampai masanya untuk saya menjalinkan semua hati rakyat malaysia dalam membantu rakyat yang terkesan dengan ekonomi sekrang ini. 

Bagi persediaan bulan mulia Ramadhan saya berhasrat untuk membantu golongan anak yatim(bukan bawah jagaan NGO atau rumah anak yatim) bermaksud anak yatim yang kehilangan bapa dan sumber pencarian yang kukuh untuk menampung makanan harian serta pakain baru untuk aidilfitri.Tak telupa juga golongan anak2 asnaf(bukan bawah jagaan NGO atau rumah anak asnaf) yang turut terkesan dengan masalah ini

Dengan adanya kita sebagainrakyat malaysia . Saya Muhammad Qaiyum (bicyclebro) menyeru agar semua rakyat dapat bersama-sama membantu misi kali ini.

Antara perkara yang akan dilakukan dengan sumbangan rakyat malaysia adalah;

1) memastikan bekalan makanan berbuka puasa/sahur bagi anak yatim/asnaf cukup.

2)menyediakan pakain baju raya baru untuk mereka

3)sumbangan duit raya

4)memberi sumbangan bekalan makanan mentah untuk golongan rakyat miskin


Untuk makluman semua penyumbang setiap agihan sumbangan anda semua saya sebagai wakil akan merekodkan video beserta gambar di akaun tiktok saya bicyclebro. Bagi mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

Saya mengegaskan saya bukanlah perbadanan NGO saya bergerak dengan beberapa sahabat saya untuk membantu mencari,mengenalpasti,mengagihkan, setiap sumbangan yang diberikan mengikut amanah yang diberikan kepada kami sebagai wakil.


saya telah menyediakan 1 akaun bank khas bagi misi ini agar tidak bercampur dengan akaun yang lain

saya amat berbesar hati jika ada sukarelawan di kawasan pulau pinang ingin turut serta bagi menjayakan misi kali ini. ini adalah keputusan yang besar selama saya menjalankan misi ini setiap tahun secara berseorangan. Jutaam terima kasih kepada penyumbang saham Akhirat .


Maybank

557410560250

Muhammad Qaiyum

(reference sumbangan infaq)


Bagi sebarang pertanyaan boleh terus menghubungi saya

angah basikal

017-5069234/011-11463631

Comments